Get new information of MAHIR from our official social media.
YouTube : https://www.youtube.com/channel/UCw2rVF1uQra154g1MUDNzvg
Instagram : slima.studios
Facebook : SLIMA Studios
Twitter : @SlimaStudios
WELCOME TO THE VAULT
Selasa, 8 Mei 2018
Selasa, 30 Mei 2017
ENROLMEN SEKOLAH MEI 2017 (PELAJAR & GURU)
|
PELAJAR
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
JUMLAH
|
|
|
427
|
346
|
773
|
|
GURU
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
JUMLAH
|
|
|
19
|
41
|
60
|
Rabu, 12 Oktober 2016
SENARAI NAMA PENGETUA SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR
BIL
|
NAMA
|
TAHUN BERTUGAS
|
1.
|
Encik Fadhil Bin Md Onn
|
(Jan 1965 - Feb 1965) Pemangku
|
2.
|
Encik Kamar Bin Sahar
|
(Mac 1965 - Feb 1969)
|
3.
|
Tuan Shiekh Abdullah Abd Rahman
|
(Mac 1969 - Apr 1971)
|
4.
|
Tuan Shiekh Mohammad Bin Ali
|
(May 1971 - Dec 1972)
|
5.
|
Encik Rashidi Bin Hj Abd Rahman
|
(Jan 1973 - Dec 1979)
|
6.
|
Encik Mohd Jais Bin Marzuki
|
(Jan 1980 - Dec 1988)
|
7.
|
Encik Jaafar Bin Mohd Tap
|
(Jan 1989 - Jul 1991)
|
8.
|
Tuan Hj Mohd Senin Bin Hussin
|
(Aug 1991 - Feb 1993)
|
9.
|
Tuan Syed Abdullah Al Jabari
|
(Mac 1993 - Feb 1997)
|
10.
|
Encik Karnain Bin Zakaria
|
(Feb 1997 - Dec 1998)
|
11.
|
Encik Abu Bakar Sidek Bin Kasbi
|
(Jan 1999 - Aug 2000)
|
12.
|
Encik Hassan Bin Asit
|
(Jan 2001 - Jul 2001)
|
13.
|
Tuan Hj Shafie Bin Hj Md Sharif
|
(Aug 2001 - Apr 2006)
|
14.
|
Tuan Hj Mohd Sidek Bin Masod
|
(May 2006 - May 2007)
|
15.
|
Tuan Hj Muhammad Bin Hashim
|
(Jun 2007 - Jul 2010)
|
16.
|
Tuan Hj Mohd Najib Bin Abd Rahman
|
(Aug 2010 - Jun 2014)
|
17.
|
Tuan Hj Mohamad Bahri Bin Ibrahim
|
(Jul 2014 - 26 Jan 2017)
|
18.
|
Tuan Jaheni Bin Sidik
|
(2017 - 2018)
|
Selasa, 11 Oktober 2016
Ahad, 9 Oktober 2016
WARKAH AYAHANDA UNTUK CALON-CALON PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2016
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon PT3 negeri Johor yang
dikasihi. Ayahanda, warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat
Pendidikan Daerah mendoakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang
terbaik untuk menghadapi Ujian bertulis PT3 pada 10 Oktober hingga 13
Oktober 2016 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan
bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menduduki peperiksaan yang penting
ini.
Diharapkan dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap
agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak
bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda.
Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus daripada ayahanda
yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam
kehidupan anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan
kejayaan ayahanda jua.
Anakanda
yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang
berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu
sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara
menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk
cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus
asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari dalam diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu
bertanya. Seperti kata pepatah Melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan”. Tanyalah apa jua kemusykilan pada
yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang,
kaunselor-kaunselor yang gemilang dan guru-guru pakar yang terbilang. Bertanyalah
pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai. Bayangkanlah sekiranya
anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luar biasa
dan cemerlang.
Anakanda
yang dikasihi,
Ayahanda
tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa
hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ujian Bertulis PT3 akan berlangsung.
Anakanda harus sentiasa tenang dan tabah serta dapat memahami dan memenuhi
peraturan peperiksaan. Pastikan mendapat sokongan daripada ibu bapa, keluarga
dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga
jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah
kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan
anakanda. Sebelum ayahanda mengundurkan diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana "Masa Itu Emas". Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah topik dan kemahiran yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda, warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah kepada ibu bapa dan guru-guru anakanda. Semoga visi kita "Kerja Berkualiti, Ibadah Dihayati" menjadi kenyataan. Selamat menduduki Ujian Bertulis PT3. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF)
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Langgan:
Ulasan (Atom)


