Khamis, 19 Jun 2014

MAKLAMAT SMKTMI

Menempatkan diri seiring dengan kedudukan sekolah-sekolah berprestasi tinggi dalam daerah dan negeri dalam semua aspek pendidikan, di samping melahirkan generasi tunjang masyarakat setempat yang mempunyai sikap-sikap mulia dan terpuji, beretika, bijaksana, berfikiran positif dan sentiasa mengutamakan agama, bangsa dan negara dalam membuat tindakan dan keputusan.

FALSAFAH SEKOLAH SMKTMI

Pelajar ialah individu yang sentiasa berkembang dan boleh mencapai ketinggian intelek hingga ke tingkat yang maksimum. Alam sekitar mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan prestasi seseorang untuk mencapai perpaduan dan integrasi kebangsaan dalam konteks masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan kebudayaan.

SEJARAH SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR

Idea asal adalah hendak mewujudkan sebuah sekolah di Kampung Parit Saidi telah bermula sebelum tahun 1965. Ia kerana kesusahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh jaraknya dari rumah.
Satu jawatan kuasa khas telah ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Encik Dasuki. Tugas utama ahli jawatan kuasa ini ialah untuk membuat permohonan dan mengusahakan satu tapak yang sesuai di Kampung Parit Saidi.
Dua orang adik-beradik iaitu Tuan Haji Kormin Bin Haji Noor dan Encik Paat Bin Haji Noor telah menawarkan sebidang tanah dengan harga yang berpatutan. Ahli jawatan kuasa telah memutuskan untuk mencari wang melalui pungutan dari derma dan malam amal.
Permohonan telah dikemukakan kepada pihak Pejabat Pendidikn Batu Pahat dan pihak pejabat telah meluluskan permohonan tersebut. Namun begitu, pihak sekolah hanya mendapat peruntukan untuk dua bilik darjah sahaja. Seterusnya, ahli jawatan kuasa telah diarahkan supaya pelan tapak persekolahan untuk dikemukakan ke Pejabat Pendidikan Negeri Johor.
Semasa proses ini berlangsung , tercetus konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia sehingga semua projek pembangunan terpaksa dibekukan. Apabila konfrantasi tamat pada awal 1965, rujukan telah dibuat semula di Pejabat Pendidikan Batu Pahat. Jawapan balasnya sangat menggembirakan apabila pihak Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan membina sebuah sekolah menengah yang lebih besar.
Pada 1 Februari 1968, nama sekolah ini ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Parit Saidi kepada SMK Tunku Mahmood Iskandar dan nama tersebut kekal sehingga kini.

Selasa, 17 Jun 2014

SALAM PENGENALAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya Spider dan saya juga adalah blogger baru. Saya akan mempaparkan maklumat-maklumat tentang SMK Tunku Mahmood Iskandar, hasil kerja pelajar yang terbaik dan bermacam-macam lagi perkara berkaitan atau dikaitkan MAHIR. Saya harap apa yang akan saya siarkan kelak dapat dikongsi bersama.