Idea asal adalah hendak
mewujudkan sebuah sekolah di Kampung Parit Saidi telah bermula sebelum tahun
1965. Ia kerana kesusahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
yang jauh jaraknya dari rumah.
Satu jawatan kuasa khas telah
ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Encik Dasuki.
Tugas utama ahli jawatan kuasa ini ialah untuk membuat permohonan dan
mengusahakan satu tapak yang sesuai di Kampung Parit Saidi.
Dua orang adik-beradik iaitu Tuan
Haji Kormin Bin Haji Noor dan Encik Paat Bin Haji Noor telah menawarkan
sebidang tanah dengan harga yang berpatutan. Ahli jawatan kuasa telah
memutuskan untuk mencari wang melalui pungutan dari derma dan malam amal.
Permohonan telah dikemukakan
kepada pihak Pejabat Pendidikn Batu Pahat dan pihak pejabat telah meluluskan
permohonan tersebut. Namun begitu, pihak sekolah hanya mendapat peruntukan
untuk dua bilik darjah sahaja. Seterusnya, ahli jawatan kuasa telah diarahkan
supaya pelan tapak persekolahan untuk dikemukakan ke Pejabat Pendidikan Negeri
Johor.
Semasa proses ini berlangsung ,
tercetus konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia sehingga semua projek
pembangunan terpaksa dibekukan. Apabila konfrantasi tamat pada awal 1965,
rujukan telah dibuat semula di Pejabat Pendidikan Batu Pahat. Jawapan balasnya
sangat menggembirakan apabila pihak Kementerian Pendidikan telah meluluskan
peruntukan membina sebuah sekolah menengah yang lebih besar.
Pada 1 Februari 1968, nama
sekolah ini ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Parit Saidi kepada SMK
Tunku Mahmood Iskandar dan nama tersebut kekal sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan